USAHAWAN LOKCING

Nama :  Puan Siti Solehah binti Azmi 

Umur  : 24 Tahun

Ahli    : 2018

 

Latar belakang

Puan Solehah mula menjalankan perniagaan lokcing bakar dengan membuka gerai lokcing secara kecil-kecilan di kawasan rumah beliau. Pada mulanya beliau hanya menjual air minuman sahaja di gerai beliau. Selepas mendapat idea dan dorongan dari suaminya, beliau mula berjinak dengan menjual lokcing bakar secara kecilan. Beliau dibantu oleh suaminya bagi melicinkan perniagaan beliau. Beliau juga menjual pelbagai jenis lokcing dengan harga berpatutan. Kini gerainya mula dikenali di sekitar komuniti.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak tahu tentang ICT dan komputer. Pendapatannya pula sekadar RM 70.00 – RM 150.00 sebulan. Beliau juga tidak pandai menggunakan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PI, beliau kini dapat mempelajari kemahiran komputer dan mempromosikan produk beliau di laman Facebook. Disamping itu, beliau dapat mencari idea-idea bagi memajukan produk beliau. Selain itu, beliau juga mampu mempelbagaikan menu makanan dan mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Usahawan 2