BELAJAR ICT

Nama  : Sufina binti Shahron 

Umur   : 20 Tahun

Ahli     : 2017

 

Latar Belakang

Beliau merupakan salah seorang belia di komuniti. Sebelum beliau mengenali Pusat Internet, beliau kurang mendapat pendedahan mengenai komputer dan internet. Dengan adanya Pusat InternetKg. Kuala Kerik yang mana berhampiran dengan kampungnya, ini memudahkan beliau menggunakan kemudahan yang diadakan seperti mendapatkan maklumat –maklumat berkaitan kerjaya dan lain-lain maklumat di PI.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang tahu mengendalikan komputer dan mengunakan web di internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari internet dan komputer, urusan kerja beliau lebih mudah terutamanya dalam menyediakan surat-surat, mencari pekerjaan dan mengunakan internet serta membuat sebarang permohonan online dengan mudah. Kini, beliau sering datang ke PI dan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PI.

Celik IT