USAHAWAN PEMBINAAN

Nama :  Mohd Zaifie bin Zaki

Umur  : 35 Tahun

Ahli    : 2018

 

Latar belakang

Encik Zaifie bin Zaki adalah usahawan muda dalam bidang pembinaan rumah. Beliau mula berjinak dengan bidang ini apabila mengikut rakannya yang juga seorang kontrator pembinaan. Bermula dari situ, beliau mula menimba ilmu dan cuba mempraktikkanya apabila pulang ke kampung. Dengan berkat usahanya, kini beliau mampu membuka Syarikat kecil miliknya dan mampu berdiri diatas kaki sendiri bagi menguruskan projek beliau. Beliau juga dibantu oleh pekerjanya bagi menyiapkan projek pembinaannya. Antara projek pembinaan beliau adalah pembinaan rumah dan rumah kedai.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM3000 – RM5000 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil projek beliau. Pelanggan bertambah setelah mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM10,000 – RM20,000.

USAHAWAN 1 ZAIFIE