USAHAWAN MAKANAN

Nama : Noorshakila Binti Zamberi

Umur  : 35 Tahun

Ahli    : 2018

 

Latar belakang

Puan Noorshakila binti Zamberi merupakan usahawan makanan dan minuman di komuniti kampung. Dulu beliau hanya berniaga air minuman biasa di rumahnya, Kini beliau mempunyai warung sendiri di berhampiran rumahnya dan dibantu oleh adiknya. Antara makanan yang dijual di warung beliau adalah laksa, bihun sup, dan rojak. Minuman pula terdiri dari air biasa dan ais blender.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM170– RM200 sahaja sebulan dan tidak pandai menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil produk dan warung beliau melalui media sosial dan My Shop. Pelangganya bertambah setelah mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM700– RM1000.

USAHAWAN 2 SHAKILA