USAHAWAN BUAH DURIAN

Nama : Nordin bin Ahmad 

Umur  : 50 Tahun

Ahli    : 2017

 

Latar belakang

Encik Nordin merupakan penduduk asal Kampung Kuala Kerik dan beliau juga seorang peraih buah durian di sekitar komuniti. Beliau mula menjalankan perniagaan ini kira-kira 8 tahun lalu serta beliau juga mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan-rakannya. Beliau mengambil buah durian daripada penduduk kampung dan menjual kepada pelanggannya yang kebanyakan dari luar komuniti.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan. Jualan produknya hanya sedikit.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan bertambah setelah mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM1000 – RM2000.

keuahawanan 1 nordin bin ahmad