USAHAWAN KEDAI MAKAN

Nama : Nor Farhana binti Omar 

Umur  : 23 Tahun

Ahli    : 2018

 

Latar belakang

Cik Nor Farhana adalah seorang usahawan muda yang meningkat naik di komuniti setempat. Beliau menjalankan perniagaan gerai makan di kawasan komuniti. Antara menu yang ada di gerai beliau adalah mee,bihu,koew teow celup dan nasi impit kuah celup. Pada mulanya, beliau hanya memasak hanya sekadar hobi beliau dan dengan dorongan saudara dan rakan beliau berjaya membuka gerai makanannya sendiri. Gerainya semakin dikenali hasil promosi yang dijalankan dan mendapat maklum balas yang positif dari pelangganya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak pandai menggunakan komputer dan pengetahuan ICTnya rendah. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan. Jualan produknya hanya sedikit.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sudah pandai menggunakan komputer dan pengetahuan ICTnya semakin bertambah dari masa ke semasa. Selain itu, melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, perniagaannya semakin maju dan mampu berdaya saing. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM300 – RM600.

keuasahawan 2 fahana