KEUSAHAWANAN : Puan Rohana binti Ishak

USAHAWAN KEK DAN ROTI

Nama : Puan Rohana binti Ishak

Umur : 35 Tahun

Ahli    : 2018

 

Latar belakang

Rohana binti Ishak bermula dengan suka-suka dalam menghasilkan kek dan roti. Beliau memberanikan diri untuk menjalankan perniagaan dengan mengambil tempahan dari kawan-kawan terdekat. Setelah banyak menerima perkembangan positif, akhirnya beliau membuat keputusan untuk menjalan perniagaan kek dan roti sehingga kini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan. Jualan produknya hanya sedikit.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan bertambah setelah mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan. Beliau juga meletak produk beliau di kedai dan menerima tempahan COD di kawasan sekitar. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM200 – RM500.

Untitled