USAHAWAN LOKCING

Nama : Puan Firzura binti Abu Hassan

Umur : 32 Tahun

Ahli    : 2018

 

Latar Belakang

Firzura bin Abu Hassan mula menjalankan perniagaannya dengan membuka gerai lokcing secara kecil-kecilan di kawasan rumah beliau yang strategik bersebelahan dengan SK.Kampung Betong. Beliau dibantu oleh adik dan ibunya bagi memudahkan segala urusan perniagaannya.Beliau menjalankan perniagaan lokcing bakar dan minuman.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak tahu tentang ICT dan komputer. Pendapatannya pula sekadar RM 70.00 – RM 120.00 sebulan.  Beliau juga tidak pandai menggunakan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PI, beliau kini dapat mempelajari  kemahiran komputer dan mempromosikan produk beliau di laman Facebook. Disamping itu, beliau dapat mencari idea-idea bagi memajukan produk beliau. Selain itu, beliau juga mampu mempelbagaikan menu makanan dan mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Untitled