KEUSAHAWANAN : Puan Siti Nur Asyima binti Muhamad

USAHAWAN KUIH MUIH

Nama : Puan Siti Nur Asyima binti Muhamad 

Umur  : 29 Tahun

Ahli    : 2017

 

Latar Belakang

Puan Siti Nur Asyima memulakan perniagaannya pada 3 tahun lepas. Dari minatnya yang suka mencuba membuat kuih, kini beliau mampu tersenyum kerana produknya telah mendapat tempat di hati komuniti setempat.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM70 – RM160 sahaja sebulan. Pelanggannya pula hanya sebilangan kecil sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil produk beliau. Beliau juga mempunyai media social sendiri seperti facebook. Pelanggan beliau dari sekitar Daerah Sik yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan. Beliau juga meletak produk beliau di kedai dan pasaraya. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM200 – RM500.

46503969 1928750330513895 1658518543521546240 n