USAHAWAN KEDAI MAKAN

Nama : Najwa Khairani binti Said

Umur  : 21 Tahun

Ahli    : 2017

 

Latar Belakang

Puan Najwa Khairani merupakan seorang usahawan muda yang bergiat aktif dalam bidang makanan seperti laksa, jagung bakar dan ABC. Dengan berbekalkan minat dan dorongan dari rakan-rakan membuat beliau menceburi bidang usahawan di kampung ini. Beliau membuka kedai makan sendiri di komuniti ini yang menyediakan menu wajib iaitu laksa buyung. Selain itu, ada juga minuman dan ABC yang sangat sedap bila dimakan bersama laksanya.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau tidak tahu tentang dunia perniagaan online dan pendapatannya kurang RM400.00 sebulan. Selain itu, beliau tidak tahu menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh komuniti setempat yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM700 – RM1500 sebulan.

 Untitled