BELAJAR INTERNET, ASAS KOMPUTER

Nama : Wan Hafiz Aiman bin Wan Muhayuddin

Umur  : 19 Tahun

Ahli    : 2013

 

Latar Belakang

Beliau merupakan seorang belia di kampung.dan banyak mengikuti aktiviti belia. Sebelum beliau mengenali Pusat Internet, beliau kurang mendapat pendedahan mengenai komputer dan internet. Dengan adanya Pusat Internet Malaysia Kg. Kuala Kerik yang mana berhampiran dengan kampungnya, ini memudahkan beliau menggunakan kemudahan yang diadakan. Selain itu, beliau juga sering kali mendapatkan maklumat –maklumat berkaitan kerja kursus , maklumat kerjaya dan lain-lain maklumat di PIM.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak tahu langsung tentang komputer. Selain itu, beliau tidak ada pengetahuan tentang komputer. Disamping itu, beliau tidak pandai menaip dengan cekap dan tidak pandai menggunakan peralatan ICT. Beliau juga kurang tahu mengendalikan komputer dan menggunakan web di internet.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari internet dan komputer di PI, urusan kerja beliau lebih mudah terutamanya dalam menyediakan surat-surat, menggunakan internet dan membuat sebarang permohonan online dengan mudah. Kini, beliau sering datang ke PI dan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PI.

                          Untitled