KEUSAHAWANAN : Puan Siti Aminah Binti Abd Rahman

USAHAWAN BANTAL HIASAN

Nama : Puan Siti Aminah Binti Abd Rahman

Umur  : 34 Tahun

Ahli    : 2018

 

Latar Belakang

Dengan minat yang mendalam terhadap bantal, Puan Aminah berjinak dengan menghasilkan bantal hiasan. Pada mulanya beliau hanya menghasilkan untuk kegunaan sendiri tetapi hasilnya dapat dilihat oleh masyarakat dan dari situ Puan Aminah mula menghasilkan bantal hiasan mengikut tempahan. Kini perniagaannya semakin maju dengan banyak menerima tempahan pelbagai lapisan masyarakat di sekitar komuniti.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan. Jualan produknya hanya sedikit. Beliau juga kurang tentang kemahiran ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau telah meningkat dimana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan. Beliau juga meletak produk beliau di kedai dan pasaraya. Selain itu, beliau banyak memberi latihan kepada masyarakat dengan menyertai program anjuran PIM. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM300 – RM600.

Aminah Bantal