BELAJAR INTERNET, ASAS KOMPUTER

Nama : Rosnizam bin Rasdi

Umur  : 43 Tahun

Ahli    : 2018

 

Latar Belakang

Sebelum beliau mengenali Pusat Internet, beliau tidak tahu tempat untuk belajar komputer . Setelah wujudnya Pusat Internet Kg. Kuala Kerik yang mana berhampiran dengan rumah beliau, sedikit demi sedikit beliau didedahkan dengan komputer, internet dan memudahkan beliau untuk menguruskan segala urusan secara atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak tahu langsung tentang komputer. Selain itu, beliau tidak ada email peribadi dan pengetahuannya tentang komputer tiada. Disamping itu, beliau tidak pandai menaip dengan cekap dan tidak pandai menggunakan peralatan ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau dapat menggunakan komputer dengan baik. Selain itu, beliau dapat mengenali setiap perkakasan komputer dan dapat melayari internet. Disamping itu, kemudahan yang disediakan di PI memudahkan beliau untuk mencari maklumat dan menguruskan pendaftaran online anaknya dengan tunjuk ajar oleh pertugas PI.

 

 Rosnizam