Madu kelulut asli D'Leskerik merupakan salah satu produk tempatan yang dikeluarkan oleh Koperasi Kg. Kuala Kerik. Projek penternakan kelulut madu ini mula dijalankan sempena dengan Projek Desa Lestari. Dengan adanya projek penternakan ini, ia dapat menyediakan bekalan madu kelulut untuk pasaran tempatan dan sekitar negeri Kedah. Selain tu, projek penternakan ini turut mewujudkan peluang pekerjaan dan memberi pendapatan sampingan kepada penduduk sekitar.